Rabu, 15 Oktober 2008

PERJALANAN DIRI.

Aku cuba berjalan dalam lingkaran engkau...
dan cuba lurus untuk terus kehadapan..
Aku cuba merangkak diluar pandangan engkau..
dan cuba menyanyi bila perjalanan terasa sunyi..

dan apabila aku mati.. berhentilah aku ketika ini..

Aku cuba menyusun hidup dan khabarkan pada engkau...
dan cuba bergerak perlahan mengikut kata hati..
Aku cuba berlari sewaktu engkau disakiti...
dan cuba tenang mendengar sepatah keluhan engkau...

dan apabila aku mati... berhentilah engkau memanggil aku..

dan diwaktu aku mati.. berjalan dan berlari terus bersama..
memerhati sifat dan sikap .. dan berjanji..
sepi dan suci akan kekal
hingga aku sampai dalam destinasi ini..

- RyE, 24ramadhan '08

BILA SEPI DATANGNYA DARI ARAH SUNYI..

Kau - kemana kau menghilang diri?

RAUDAH - Maaf.. aku cuma pergi dan berhenti dalam pekatnya sepi..

Kau - kenapa perlu ada disitu..sedangkan aku sentiasa berdiri memerhati?

RAUDAH - Aku cuma mahu disitu senyap dan tiada yg berbisik-bisik..

Kau - tak perlu lah aku sebagai sahabat.. yang seringnya bertanyakan khabar..

RAUDAH - Khabarmu cuma suara yg keluar dari hati yg penuh persoalan..

Kau - memang ada persoalan.. dan pertanyaan sebelum dibicarakan..

RAUDAH - itulah yang aku hadapi.. bersendiri penuh dengan gerak-geri perkataan.
maafkan aku sahabat.. jawapan ada diminda jiwa...
dan bila hati akan berkata..
"antara Kau dan Aku berdiri dipinggir renungan...
akan datang mata hati memerhati kejadian ikatan"..