Khamis, 7 Februari 2013

Siapa yang tak pernah menangis

Siapa yang tak pernah menangis
di hujung setiap ketawa dan lupa

siapakah di antara kita
yang memalingkan muka
ketika mendengar kalimah Tuhan?

banyak bakti yang dapat diberi
sepanjang hidup yang sesingkat ini
lautan manusia berombakkan nafsu
kebenaran terdampar di pantai kecewa

airmata seperti mutiara
apakah itu rasa keinsafan
rintihan dari hati yang rindu
apakah itu hakikat cintamu

lagu/puisi: Zubir Ali


1 ulasan:

Irnie berkata...

salam rye.. guess what.. puisi ni kerap sy dgr di ikim.fm.. like it so much smpai record dgn niat nak google.. akhirnya.. kamu jawab di sini.. =) subhanallah.. terimakasih..