Rabu, 15 Oktober 2008

PERJALANAN DIRI.

Aku cuba berjalan dalam lingkaran engkau...
dan cuba lurus untuk terus kehadapan..
Aku cuba merangkak diluar pandangan engkau..
dan cuba menyanyi bila perjalanan terasa sunyi..

dan apabila aku mati.. berhentilah aku ketika ini..

Aku cuba menyusun hidup dan khabarkan pada engkau...
dan cuba bergerak perlahan mengikut kata hati..
Aku cuba berlari sewaktu engkau disakiti...
dan cuba tenang mendengar sepatah keluhan engkau...

dan apabila aku mati... berhentilah engkau memanggil aku..

dan diwaktu aku mati.. berjalan dan berlari terus bersama..
memerhati sifat dan sikap .. dan berjanji..
sepi dan suci akan kekal
hingga aku sampai dalam destinasi ini..

- RyE, 24ramadhan '08

1 ulasan:

1jja1912 berkata...

errr.yang ni susah nak di tafsirkan..