Rabu, 17 Jun 2009

MERASAI DALAM MERASA

Pada waktu matahari menyuluh pada bunga-bunga..
dan burung terbang menyanyikan lagu rutin ...
setitis air embun menitis kering pada layu kusam menjadi segar...
angin sudah pun bertiup perlahan..
membawa harapan untuk tumbuhan yang lain..
kayu juga menjadi sayu dan batu hanya diam disitu..
cuma memerhati dan bergerak kerana ketentuan...
lalu semua memerhatikan pada takdir....
yang ada disebalik kehidupan pertemuan pertemuan..
datang silih berganti-ganti dan tidak pernah berhenti..

Pada waktu bulan menghiasi langit...
ditepian kelip bintang keluar tanpa hujan..
angin selalunya merebak kedinginan...
dalam gelap pekat ada juga yang turut terhibur..
cahaya samar samar-terlihat...menyokong senja menjadi sepi..
sepi lagi menjadi sunyi waktu berlabuh manusia terlena..

(merasai kebesaran tuhan..) RyE's Artisan

2 ulasan:

Jolynn berkata...

Salam kembara dan ziarah dari ana, Adawiyah Juzailah.

Poem yang ringkas tapi menarik. =)

dayah_g berkata...

cantek ayt sajk ni..truskn usaha