Rabu, 17 Jun 2009

PANGGILLAH AKU

Ada aku akan melahirkan rasa keriangan..
hati bertemu jiwa didalam akal turut bertanya..
melanjutkan kebiasaan dan disertakan dengan rindu pada bayang..
dan waktu waktu sedang berlalu tidak sedar mentari sudah terpancar..

tidak ada aku...merasakan seperti kehilangan detik indah keserasian..
jiwa melanjutkan dengan rasa mengeluh dan hati memanggil..
waktu turut berlalu perlahan tanpa sedar seperti dihentikan..

panggillah aku bersama jiwamu...kerna jiwamu akan turut rindu..
jika masih sepi...
panggillah aku bersama akalmu.. kerna akalmu akan terbangkanmu pada memori indah..
jika itu juga masih sepi..
panggillah aku bersama nalurimu... kerna nalurimu pasti yakin,
aku akan ada sentiasa denganmu..

MERASAI DALAM MERASA

Pada waktu matahari menyuluh pada bunga-bunga..
dan burung terbang menyanyikan lagu rutin ...
setitis air embun menitis kering pada layu kusam menjadi segar...
angin sudah pun bertiup perlahan..
membawa harapan untuk tumbuhan yang lain..
kayu juga menjadi sayu dan batu hanya diam disitu..
cuma memerhati dan bergerak kerana ketentuan...
lalu semua memerhatikan pada takdir....
yang ada disebalik kehidupan pertemuan pertemuan..
datang silih berganti-ganti dan tidak pernah berhenti..

Pada waktu bulan menghiasi langit...
ditepian kelip bintang keluar tanpa hujan..
angin selalunya merebak kedinginan...
dalam gelap pekat ada juga yang turut terhibur..
cahaya samar samar-terlihat...menyokong senja menjadi sepi..
sepi lagi menjadi sunyi waktu berlabuh manusia terlena..

(merasai kebesaran tuhan..) RyE's Artisan

MEMILIKI YANG TERJALIN

Memiliki yang terjalin untuk diteruskan
kerana ada sesuatu yang harus dijalani seperti biasa..
tapi kalau ditanya pada hakikat hati..
cuma tertutup.. untuk semua itu pada waktu ini..
tidak harus diteruskan... bila bertanya pada mereka yang
ingin ada didalam hati.. RyE