Khamis, 23 Julai 2009

BANGKIT DARI TUJUAN SEMALAM

Waktu bangkit diri dari kehampaan semalam-semalam...
hasrat jiwa menuju kearah keheningan cara manusia bahagia..
meramas nostalgia-nostalgia yang tidak pernah manusia menitikberatkan..
sehingga menjadi waktu ini kaku diam serta membisu..lalu aku merenung ...
lantas bangkit lagi diri dari merenung-renung waktu dulu..
lalu memandang satu tajuk pada kertas yang tiada tujuan..
ternyata masih tertera kisah tamadun islam lahiriah...!!! aku merenung lagi..
aku bangkit lagi dan terus berjalan...dengan tujuan-tujuan fikiran semalam..
aku terdengar suara berbisik-bisik, dalam waktu tidak terlena...
aku menjelajahi kepautan suara-suara didengari...
adakah seseorang dikenali yang pernah melintasi titian hidupku?
lalu kuletakkan suara itu pada malam nanti...
dan terus ia membisikkan menanti saat paling sepi..
lalu aku pintal semua yang kulalui dan merahsiakan sehingga tertutup..
aku bangkit diri berjalan dan terus berlari...
terdengar kelajuan menjadi samar-samar realiti...dan aku tidak peduli..
biarkan melaluiku...biar aku sampai ke destinasi memetik tujuan
menghiasi cahaya menyuluh diri..
walau tidak menyala...aku tetap bangkit usaha...asalkan bertujuan.

2 ulasan:

Unknown berkata...

betul tu.....kegagalan masa lalu tak membantutkan semangat kita untuk capai apa yang kita nak. Cita2 kita...impian kita...segala yang kita usahakan akan membuahkan hasil jika kita terus berusaha...dan berusaha!! all the best!!!

Ary berkata...

semalam yg d tinggalkan tertinggal dek kegagalan,malah hari ini sama sahaja dgn semalam yg ditinggalkan jika kegagalan berulang-berulang dan berulang...mmm...
leka sungguh menghayati bait2 puitis d sini... ingin sungguh berkenalan dengan siempuya blog.... :)