Khamis, 30 April 2009

PERSAHABATAN DIJALAN TUHAN

Berkata mereka...persahabatan memerlukan keikhlasan..
berkata pada keikhlasan.. persahabatan itu rahsia..
rahsia yang tersimpan..dalam isi jiwa tanpa dikhabarkan..
hanya akan dikeluarkan..untuk menyambung pertalian...
dan jarang digunakan bila marah menyatukan harga diri..
pasti akan menangis..bila akan memutuskan..

Berkata mereka...persahabatan akan tidak hilang.
berkata pada kehilangan..pasti semua pernah merasa..
hakikat persahabatan memang akan terjadi..
samada baik...atau buruk menyangka..
dan kita berdoa...tuhan akan merestui kita..
pasti rahsia keikhlasan hanya padanya..
dan DIA lah yang mencipta keikhlasan..
pada hati insan insan....yang menyatukan ehsan..
peribadi insan memperlihatkan tuhan...
subhanallah..RyE (hujung april 2009)

1 ulasan:

ahya_ijja berkata...

keikhlasan itu rahsia Allah..
kita tidak akan pernah tau,
dimana letaknya nilai keikhlasan kita,
Cukup DIA saja yang maha Penilai yang MAHA SEMPURNA..