Rabu, 2 Disember 2009

Semerdu siulan kali ini

Aku sebagai seorang yang sedang bersiul bersama irama-irama merdu,
tenggelam timbul kicau-kicau orang memerhati siulanku dikosongkan...
ada juga mereka-mereka menerapkan dalil menjiwai alunanku..tetapi aku tetap memerdukan irama ini menjadi semegah nadi yang panik,
untuk memperdulikan kiri-kanan persekitaran manusia ini yang terkejar ingin mendengarkan alunanku perlahan-lahan berbicara....
hingga terhenti mereka sebentar diatas kelemahan irama yang sangat dekat dengan bunyian prinsip-prinsip yang lantang...
lalu dipaksa aku menjadi sekeras irama nada yang sangat lemah....

Aku mempersiapkan diri, untuk menepikan semua yang datang seperti satu rangkap lagu...serta dinyanyikan sebelum ianya selesai digubah....
sudah pula direncanakan tabirnya mewarnai pentas-pentas yang cerah..
memukau mataku menjadi indah dan merendah pada pandangan sebenarnya fikiran awalku diubah-ubah
dan mereka merubah tamu yang datang duduk bersilang-silang sambil dikosongkan hati.....
untuk menghiburkan tamu yang tidak hadir....
serta dijadikan sukacita laungan lantang iramaku berdiri, memperjelaskan maksud ini sebagai satu kesedaran seseorang yang akan sepertiku,
bersiul-siul perlahan hingga bicara mereka terhenti, lantas menjadikan aku ini sebagai seseorang yang tidak selalu menghadapi irama semerdu kali ini,
akan aku mencuba iramakan selalu siulan ini menjadi sebuah lagu siulanku dan memerhatikan tingkah mereka semerdu alunan ini bersama-sama denganku selalu
...

7 ulasan:

Budak_Anti_Skema'93 berkata...

salam..
wah, bestnye b'karya. Sye pon suka b'karya. Mhsilkan karya melalui rintihan suara hati..
Tahniah, sye suka karya2 dlm blog nie..

p/s:Teruskan b'karya..sye nak bce..huhu.. :)

starry~ berkata...

siul terus biar semerdu yang bila hanya telinga kamu yang mendengarnya merdu..~

KizZ berkata...

Salam kenal..

Kalau sudi jemputlah ke Blog kami di
www.kizgarden.blogspot.com

Follow kiz jugak taw..

TERIMA KASIH

Koyuki berkata...

hidup itu lirik
merangkap lagu
saya lakar saya nyanyi
untuk memuaskan hati sendiri
padahal ia takkan pernah puas
masih tercari2 dalam gelap dan kabus

Lyana Hisham berkata...

karya kamu sntiasa menarik perhatian saye :)

keep on writing okayh~

cikTi berkata...

kamu mmg berbakat,
thniah

Muhammad Zaki Mostapa berkata...

aku juga suka berkarya
dan aku sungguh senang jika kamu dapat menerima aku sebagai teman maya kamu.
berkarya kerana cinta kepada bahasa
berkarya kerana aku sesungguhnya telah menumpahkan segenap air hidupku di bumi sastera.