Sabtu, 18 Julai 2009

Jasadku membawa diri

Jasadku membawaku melihat sang kehidupan perihal-perihal...
dan dilemparkan kekanan kekiri terus kebelakang puncak mimpiku...
apabila sedar tubuhku didalam air dibawa hanyut bersama kewanitaan..
jerit perempuan tua bersama anak-anak kecil menyinggung diri...
dan diri menjadi dua...satu pada cintanya..dan satu pada jiwaku..
dan aku menjadi sedar... cinta jasadku tetap masih bertambah...
sedangkan cinta jiwaku pada maha rencana...
semakin tidak mengerti...
semakin hari semakin mengenali...jasadku dipisahkan berkali-kali...
bertemu mereka pada usia lewat perempuan tua..
tapi aku masih muda !!!...
jasadku yang telah tua...matanya sudah buta dan meronta-ronta...
dan hingga datang bicara... meminta jiwanya, mengizinkan membawaku..
jasadku membawaku lagi.. memerhati diri dilemparkan dari sesuatu keinginan-keinginan..
dan aku jadi merayu..."jangan bawaku pada waktu-waktu kebebasan"......
aku tidak ingin berpisah-pisah...untuk jasadku melihat perpisahan.....
lalu keberanian sayap diri membawa jasadku ketempat asal....dan dipenuhi tidur yang tidak lena...
"26 Rejab 1430 diwaktu mentari"

4 ulasan:

ahya_ijja berkata...

baca sekali macam faham..
baca 2 kali macam faham - faham
baca kali ketiga..
tak faham-faham..
kali keempat faham dalam tidak faham..
adess, ni sastera tahap pe ni..
jap2..nak fahamkan..
___p r o g r e s s____

>> Nice..huh..cerita belakang tabir puisi ni, bleh bikin lagu!<< ;D

swanlake berkata...

brother,sume2 karya2 ni buat sdri eh?..mantapnyer...ayat da le power..klu buat novel islamik meletup neh...=D.

Unknown berkata...

salam....
wah, sebuah karya yang ada maksud yang mendalam.... tapi, kalau disertakan maksud yang tersirat di sebalik nukilan ni... mesti lagi best dan mudah dihayati. Apapun....nice one bro!!

Tanpa Nama berkata...

salam..

erm...

tak faham la...bahasa tinggi sangat...

sastera apa nie??